Showing posts with label Keputusan Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Keputusan Mahkamah. Show all posts

(Video) Keputusan Mahkamah Terhadap Lelaki Simbah Asid Pada Isteri

Dihukum Gantung Kerana Kapak Kepala Kekasih


SEREMBAN – Dengan wajah sugul seorang pengorek pasir terpaksa menerima hakikat dia akan mengakhiri riwayat hidupnya di tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati dia bersalah merompak dan membunuh kekasihnya menggunakan kapak di Mambau dekat sini dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap N. Balamurugan, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Balamurugan yang berbaju gelap dan berseluar jeans kelihatan sugul ketika keputusan dibacakan oleh Ahmad Nasfy.

Mengikut pertuduhan, Balamurugan didakwa berniat membunuh K. Gantimadi, 45, selepas merompak mangsa di sebuah rumah di Taman Kelab Tuanku, Mambau pada pukul 12.40 tengah malam pada 16 Ogos 2008.

Dia Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Kosmo!

Didenda RM6,000 Kerana Ugut Bunuh Jiran

RAVI - Ugut Jiran
PETALING JAYA: Gara-gara berselisih faham, seorang ibu kepada empat anak menerima padah apabila didenda RM6,000 selepas didapati bersalah mengugut bunuh jirannya dalam pergaduhan lima tahun lalu.

Majistret Aishah Hijriah Arshad menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Beliau juga memerintahkan R Ravi, 54, dipenjara enam bulan jika gagal membayar dendanya.

Ravi didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap K Nayaspuri, 56, untuk membunuhnya pada jam 6.40 pagi, 21 Disember 2005.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ravi bagaimanapun dilepas dan dibebaskan bagi tuduhan kedua, menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di lokasi dan pada masa sama selepas pihak pembelaan didapati berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan itu.

Tukang Kasut Ke Tali Gantung

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang tukang kasut dan seorang pembuat bingkai cermin selepas didapati bersalah mengedar 28.6 gram dadah jenis monoacetylmorphines, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid memutuskan demikian terhadap Chen Chee Sin, 38, dan Liew Kah Poh, 28, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Klang, jam 10 malam pada 13 Disember 2005. Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1992 yang membawa hukuman mati. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Isa Hasim manakala kedua-dua tertuduh masing-masing diwakili peguam S Vikneswaran dan KA Ramu. Sebanyak 18 saksi dikemukakan sepanjang prosiding berjalan. - Hmetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...