Lakukan Seks Bersama Kekasih Bersaksi Mayat Isteri


Susulan Kes Cinta Tiga Segi (Kes Bunuh Fazlina Ahmad) - Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.

Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.

Perut Wanita Mengandung Ditumbuk Pengawal Keselamatan

Penderitaan seorang wanita yang hampir melahirkan anak bertambah parah apabila perutnya ditumbuk berkali-kali oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu sakit perut mahu melahirkan anak.

Pelajar Institusi Kemahiran Dicekup Terlibat Jenayah Samun

Senjata yang ditemui pada suspek

Seorang pelajar institusi kemahiran dekat Kemaman, gagal memboloskan diri daripada ditahan polis walaupun bersembunyi di atas siling asrama pusat pengajiannya itu sebaik menyedari diserbu pihak berkuasa yang menerima maklumat dia terbabit dalam kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Geliga, di sini, semalam.

Dia yang berusia 20 tahun dikatakan tidak sempat membelanjakan hasil samun bersama rakan subahatnya berikutan pihak berkuasa lebih awal melakukan serbuan yang membawa kepada penemuan pelbagai jenis senjata termasuk pisau dan pistol selain kelengkapan lain dipercayai digunakan dalam kejadian samun yang dilaporkan kira-kira dua jam sebelum itu.

Lagi Sindiket Dadah Tumpas

IO Narkotik IPD Dang Wangi Bersama
Barangan Rampasan


Tiga pengedar dadah tidak sempat menyerahkan bekalan dadah dibawa kepada pelanggan apabila kegiatan mereka dihidu sebelum dicekup polis di kawasan letak kereta sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini, Khamis lalu.

Kegiatan jenayah itu terbongkar dalam serbuan khas dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Dang Wangi, kira-kira jam 7 petang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, berkata berdasarkan hasil maklumat awam, pihaknya menyerbu sebuah Perodua Myvi berwarna hitam di kawasan letak kereta kompleks membeli-belah itu untuk pemeriksaan lanjut.

“Sejurus diserbu, kami menahan tiga lelaki berusia 26 hingga 40 tahun yang menyatakan mereka hanya melepak di dalam kereta berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di bahagian penumpang menemui 10,000 pil Eramin 5, 50 pil Ecstasy, tujuh peket syabu seberat sembilan gram dan satu peket ganja seberat satu gram disorokkan dalam kotak bijirin.

“Mengikut harga pasaran, nilai dadah itu kira-kira RM165,000 dan ia dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit masing-masing bekerja sebagai eksekutif pemasaran, jurujual dan pemandu bas itu direman tujuh hari sehingga lusa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

“Polis turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek dan mendapati mereka positif dadah syabu, malah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan mengambil dadah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat pembabitan tiga lelaki berkenaan dengan rangkaian sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lalu.

“Polis tidak menolak kemungkinan bekalan dadah berkenaan untuk pasaran pusat hiburan di Lembah Klang,” katanya.- Harian Metro

Ahli Perniagaan Dan Anak Ditikam Perompak

Seorang ahli perniagaan parah di kepala dan tangan akibat ditikam bertubi-tubi menggunakan sebatang besi dipercayai pemecah ais oleh perompak yang menceroboh rumahnya di Jalan Limau Purut, di sini, malam kelmarin di Bangsar.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, anak bongsu ahli perniagaan terbabit berusia 22 tahun yang berada di ruang tamu bersama bapanya itu turut ditikam di kepala.

Lelaki Mati Dengan Perut Terburai

Azmol - Mati Dibunuh
Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan perut terburai selepas dipercayai ditikam di Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, di sini, semalam.

Mayat Azmol Hussain berusia 30-an ditemui dalam hutan bersebelahan sungai oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin daripada orang awam yang menyaksikan kejadian bunuh itu.

“Saksi mendakwa melihat seorang lelaki berlari sambil memegang perutnya. Saksi yang pelik melihat mangsa berlari mendapati dia dikejar sekumpulan empat lelaki yang menunggang tiga motosikal.

“Mungkin kerana takut, mangsa terjun dari jambatan kira-kira 100 meter berhampiran sungai itu. Saksi menghubungi polis sebelum sepasukan penyelamat dihantar ke tempat kejadian,” katanya pada sidang media di IPD Kajang, di sini, semalam.

Mayat Dibuang Selepas Disembelih



Diikat, ditikam dan disembelih. Itulah azab ditanggung seorang lelaki yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan dengan lebih 23 kesan tikaman ditemui pada badannya di Kampung Batu, Kilometer 5, Jinjang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 50-an ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan gelap berhampiran tangki air, di kampung berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...