Penggunaan Telefon Bimbit kepada Pemandu/Penunggang Kenderaan


Informasi di bawah adalah satu pemberitahuan / pembelajaran kepada semua pengguna jalan raya mengenai peraturan dan kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Ini juga bagi menjawab persoalan yang pernah diutarakan di Ruangan Perbincangan Facebook Rasmi PDRM.

Menurut  Kaedah 17A dalam  Kaedah – Kaedah Lalulintas Jalan 1959 ( LN 166/59 ) menyatakan seperti berikut :

“17A. Larangan terhadap penggunaan telefon bimbit.

                  (1)          Tiada seorang pemandu pun, semasa memandu kenderaan bermotor di atas jalan raya, boleh menggunakan, atau cuba menggunakan telefon bimbit atau apa – apa alat komunikasi lain melainkan ia digunakan melalui suatu alat tanpa perlu dipegang.

                 (2)          Mana- mana orang yang melanggar subkaedah (1) adalah bersalah kerana melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan bertangungan terhadap denda tidak melebihi satu ribu ringgit  atau dipenjarakan bagi suatu tempoh  yang tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya sekali.”

Peraturan ini tertakluk kepada semua pemandu yang memandu kenderaan bermotor bermula daripada beliau  menghidupkan  enjin dan berada diatas jalanraya  di mana perlu mematuhi semua peraturan – peraturan dan tanda isyarat termasuklah berhenti di depan lampu isyarat.

Pihak penguatkuasa yang mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai seseorang pemandu telah melakukan kesalahan seperti sedang menggunakan telefon bimbit boleh menyaman pemandu tersebut atas kesalahan peruntukan undang – undang di atas. Beban bukti menyatakan pemandu itu tidak bersalah  dan enggan  membayar denda kesalahan itu  terletak pada pemandu itu sendiri bagi mempertahankan  dirinya di mahkamah jika berasa diri telah dianiaya.

Sumber : PDRM

Comments :

0 comments to “Penggunaan Telefon Bimbit kepada Pemandu/Penunggang Kenderaan”

Post a Comment

- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...