JOHOR BAHRU: Gurauan cucuk-mencucuk antara dua sahabat di krematorium penganut Hindu di Jalan Kebun Teh di sini, petang semalam, menyebabkan seorang daripadanya maut dikapak.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, suspek dan mangsa yang juga rakan setugas bergurau sambil berbincang berkaitan kerja masing-masing.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menyatakan suspek hilang pertimbangan sebelum mengapak mangsa.
“Mangsa yang berusia 32 tahun dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, baru sebulan bertugas sebagai pengawal keselamatan di krematorium itu.

“Suspek yang berasal dari Johor Bahru dan berusia 54 tahun pula sudah setahun bertugas di situ dan siasatan awal mendapati gurauan mereka bertukar menjadi pertengkaran sebelum suspek mengapak leher mangsa,” katanya, semalam.
Polis yang dimaklumkan berkaitan kejadian bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa yang parah sudah meninggal dunia.
Suspek ditahan untuk membantu siasatan dan polis turut menemui kapak dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.
“Semakan mendapati suspek mempunyai lebih 10 rekod jenayah lampau membabitkan aktiviti jenayah dan penyalahgunaan dadah.
“Kami tidak menolak kemungkinan pertengkaran disebabkan faktor kerja, bagaimanapun punca sebenar masih disiasat,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi talian 07-2212999 atau ke balai polis berhampiran.
Sumber dan Gambar : Harian Metro
Comments :
0 comments to “Bermula Dengan Bergurau, Akhirnya Mati Dikapak Rakan”
Post a Comment
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam