BENTONG: Seorang pemandu bas ekspres tidak menyangka malang yang menimpanya selepas bas dipenuhi penumpang itu rosak membawa kepada penemuan mayat lelaki yang sudah berulat dan busuk di Kilometer 46.8, Lebuhraya Karak, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pemandu bas berusia 40-an itu mendapatkan bantuan kecemasan sebelum ternampak mayat seorang lelaki terdampar dipenuhi lalat di tepi lebuh raya berkenaan. Pemandu berkenaan menghubungi polis mengenai penemuan mayat lelaki dipercayai warga tempatan itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh seorang pemandu bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.
“Hasil siasatan mendapati lelaki warga tempatan itu ditembak berdasarkan dua kesan tembakan di kepala kiri dan belakang badannya,” katanya.
Rosli berkata, pemandu bas itu pada mulanya berhenti di tepi jalan sebelum dia turun untuk melihat lokasi kenderaannya itu rosak bagi memudahkan dia memberi maklumat untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
“Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati satu mayat lelaki lengkap berpakaian yang dipenuhi lalat dan ulat.
“Mayat terbabit berada berhampiran bas sebelum dia menghubungi polis memaklumkan penemuan itu,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati mayat terbabit mempunyai kesan tatu berkepala harimau di depan dan belakang badannya.
“Polis percaya mangsa dibunuh di lokasi lain dan dia dicampakkan di kawasan itu, selain itu kami tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh kurang daripada tiga hari lalu,” katanya.
Menurutnya, mangsa berusia 30-an dan tiada dokumen peribadi ditemui pada mayat terbabit.
“Setakat ini, siasatan lanjut dijalankan bagi mencari motif pembunuhan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Comments :
0 comments to “Mayat Bertatu Harimau Berulat Di Tepi Lebuhraya Karak”
Post a Comment
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam