SUBANG JAYA: Sekumpulan empat remaja mengambil kesempatan cuti Awal Muharam kelmarin untuk merompak empat kedai sederet di PSJ 7/22, di sini dalam tempoh kurang 10 minit.
Mereka yang menunggang motosikal itu turut mengugut pemilik kedai serta pelanggan mereka untuk menyerahkan semua wang dan telefon bimbit dimiliki.
Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli, 36, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi apabila empat lelaki dianggarkan berusia belasan tahun itu muncul dengan menunggang dua motosikal.
Menurutnya, dua daripada suspek turun dari motosikal manakala dua lagi rakan mereka menunggu di luar premis bagi memantau keadaan.
Mereka yang menunggang motosikal itu turut mengugut pemilik kedai serta pelanggan mereka untuk menyerahkan semua wang dan telefon bimbit dimiliki.
Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli, 36, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi apabila empat lelaki dianggarkan berusia belasan tahun itu muncul dengan menunggang dua motosikal.
Menurutnya, dua daripada suspek turun dari motosikal manakala dua lagi rakan mereka menunggu di luar premis bagi memantau keadaan.
“Mereka meluru masuk ke dalam sebuah restoran sebelum mengeluarkan parang. Suspek mengarahkan pemilik restoran itu membuka mesin daftar wang sebelum merampas semua wang jualan didalamnya.
“Tidak cukup dengan itu, suspek turut merampas beberapa kotak rokok di kaunter pembayaran,” katanya.
Menurutnya, mereka menyerbu pula sebuah lagi restoran bersebelahan sebelum memaksa pemiliknya menyerahkan wang.
“Suspek dikatakan memaksa pemilik premis itu menyerahkan wang kira-kira RM1,000. Tidak cukup dengan itu, suspek turut merompak tiga sekeluarga yang sedang menjamu selera di dalam restoran itu.
“Suami isteri bersama anak mereka yang ketakutan menyerahkan wang RM400 sebelum suspek ke kedai menjual peralatan rumah. Namun pemilik kedai itu yang menyedari kehadiran suspek sempat melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, mereka kemudian cuba memecah masuk premis itu, namun gagal.
“Kumpulan remaja itu yang masih tidak berpuas hati kemudian masuk pula ke sebuah kedai runcit berhampiran, namun pemilik kedai itu lebih bersedia dengan memegang kayu pemukul bola lisut.
“Pemilik kedai berkenaan turut menekan butang penggera sistem keselamatan menyebabkan suspek panik dan melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, kejadian rompakan pantas berkenaan bukan kali pertama berlaku berikutan kawasan itu kerap menjadi sasaran kumpulan penjenayah yang menjadikan cuti hujung minggu dan cuti umum untuk menyamun.
“Saya meminta pihak polis meningkatkan rondaan di kawasan ini yang kerap menjadi sasaran pelbagai bentuk jenayah antaranya ragut, samun berkumpulan dan rompakan bersenjata,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, mengesahkan menerima dua laporan berhubung kes samun berkumpulan berkenaan dari mangsa.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau melihat sebarang kejadian jenayah supaya segera menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Subang Jaya di talian 03-56373722. - hmetro
Comments :
0 comments to “Remaja Rompak 4 Kedai Sederet Dalam 10 Minit”
Post a Comment
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam