Mayat Bertatu Harimau Berulat Di Tepi Lebuhraya Karak


BENTONG: Seorang pemandu bas ekspres tidak menyangka malang yang menimpanya selepas bas dipenuhi penumpang itu rosak membawa kepada penemuan mayat lelaki yang sudah berulat dan busuk di Kilometer 46.8, Lebuhraya Karak, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pemandu bas berusia 40-an itu mendapatkan bantuan kecemasan sebelum ternampak mayat seorang lelaki terdampar dipenuhi lalat di tepi lebuh raya berkenaan. Pemandu berkenaan menghubungi polis mengenai penemuan mayat lelaki dipercayai warga tempatan itu. 

Budak 5 Tahun Dicabul Bapa Saudara Sendiri

Asisten Komisioner Zakaria Pagan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia awal 20-an sanggup mencabul anak saudara perempuannya berusia lima tahun ketika hendak memandikannya di rumah ibu bapa kanak-kanak itu di Jinjang, di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, lelaki terbabit yang juga seorang penganggur tinggal bersama bapa mangsa yang juga abangnya sejak setahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kanak-kanak itu tinggal bersendirian dengan suspek selepas bapa dan ibunya keluar bekerja.

Menurut sumber, suspek yang diminta memandikan anak saudaranya itu oleh ibu bapa mangsa dikatakan hilang pertimbangan ketika membuka pakaian mangsa.

“Suspek yang terangsang sebaik menanggalkan pakaian mangsa kemudian mencabul mangsa.

16 Motosikal Terbakar Akibat Dipercayai Perbuatan Khianat

PETALING JAYA: Kerja khianat apabila 16 motosikal milik penghuni sebuah pangsapuri di Pelangi Damansara, dekat sini terbakar termasuk lima hangus sama sekali dengan jumlah kerugian dianggarkan berjumlah RM30,000, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, beberapa motosikal itu dikatakan terbakar disebabkan bahan bakar yang tidak dikenal pasti sebelum merebak ke motosikal lain yang diletakkan di kawasan letak motosikal pangsapuri itu.

Menurut sumber bomba, ketika kejadian, keadaan agak sunyi kerana kebanyakan penghuni sedang nyenyak tidur dan tiada saksi yang terlihat perbuatan khianat berkenaan Katanya, seorang penduduk yang menyedari kebakaran motosikal itu kemudian berteriak memaklumkan kejadian itu kepada penghuni lain.

Awas SMS Minta Top Up Dari Individu Tidak Dikenali Ini

Jangan terpedaya dengan SMS ini
KOTA TINGGI: “Ini ayah. Tolong bagi topped up 50RM ke nombor baru ayah, 0178936... ayah ada masalah d balai police. ta payah call sekejap ayah call balik.” Begitulah khidmat pesanan ringkas (SMS), yang digunakan satu sindiket penipuan tambah nilai telefon prabayar yang dikirim secara rambang kepada pengguna telefon bimbit di negeri ini.

SMS dipercayai dikirim sindiket didalangi warga asing itu menggunakan taktik merayu bantuan kecemasan bagi mendapatkan tambah nilai RM30 atau RM50 yang akan dikirimkan ke nombor telefon yang diberikan.

Pasangan Ada 4 Cucu Ketagih Pil Kuda


KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri yang mempunyai empat cucu mengaku menjadi ‘hamba’ pil kuda selepas ditahan dalam operasi di sekitar Kuala Terengganu dan Marang, awal pagi kelmarin.

Lebih mengecewakan, ketagihan pasangan itu berpunca daripada pengaruh si isteri berusia 44 tahun yang mengaku mengambil pil kuda sejak berumur belasan tahun dan menyebabkan suami berusia 37 tahun turut terpengaruh mengambil pil berkenaan.

Kepala Isteri Dipijak Ekoran Ditegur Selalu Pulang Lewat

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang bengang selepas ditegur isterinya kerana sering pulang lewat mengamuk dan memijak kepala wanita itu di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini 1 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 20-an dan bekerja sebagai kerani sedang menonton televisyen bersama anak perempuannya. Menurut sumber polis, sebaik suaminya pulang, mangsa terus menegur lelaki itu.

“Bagaimanapun, si suami yang tidak tahan mendengar leteran isterinya itu terus naik angin dan memarahi wanita berkenaan sebelum mereka bertengkar.

Remaja Rompak 4 Kedai Sederet Dalam 10 Minit


SUBANG JAYA: Sekumpulan empat remaja mengambil kesempatan cuti Awal Muharam kelmarin untuk merompak empat kedai sederet di PSJ 7/22, di sini dalam tempoh kurang 10 minit.

Mereka yang menunggang motosikal itu turut mengugut pemilik kedai serta pelanggan mereka untuk menyerahkan semua wang dan telefon bimbit dimiliki.

Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli, 36, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi apabila empat lelaki dianggarkan berusia belasan tahun itu muncul dengan menunggang dua motosikal.

Menurutnya, dua daripada suspek turun dari motosikal manakala dua lagi rakan mereka menunggu di luar premis bagi memantau keadaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...