Bekas Tentera Mati Ditembak Penjenayah


KEJAM! Jenayah sekarang memang melampau, hanya kerana gagal menyamun rumah mangsa, seorang pesara tentera ditembak mati dengan hanya jarak 1 meter di ruang tamu rumahnya semalam. Berikut adalah laporan dari Harian Metro
 


HULU SELANGOR: “Saya tergamam sebaik mendapat berita bapa saudara mati ditembak dalam rumahnya. Sungguh kejam penjenayah yang sanggup mengambil nyawanya selepas gagal menyamun mangsa,” kata Zainuddin Mohd Shuhaimi, 40, anak saudara kepada bekas tentera, Saad Johari Yamin, 73, yang mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba menjerit meminta pertolongan setelah rumahnya dimasuki penjenayah ketika dia dan isteri, Enson Rashid, 65, sedang tidur.

Menurut Zainuddin, bapa saudaranya ditembak daripada jarak hanya satu meter di ruang tamu rumah apabila seorang penjenayah menyedari kehadirannya di situ.

Katanya, isteri mangsa yang tidur dalam bilik tersedar selepas tembakan itu, namun mendapati suaminya jatuh dan mati di hadapannya.

“Ketika itu, saya berada di rumah di Shah Alam, dan menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memaklumkan khabar buruk itu.

“Apabila tiba di sini, saya mendapat maklumat lanjut kejadian menyayat hati itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

sumber berita dan gambar : Harian Metro 13/10/2010

Comments :

0 comments to “Bekas Tentera Mati Ditembak Penjenayah”

Post a Comment

- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...