Semalam saya terbaca di BERNAMA.com mengatakan tahap kesedaran masyarakat Malaysia tentang hak mendapatkan bantuan guaman sekiranya ditahan atau ditangkap oleh pihak polis masih kurang. Memang benar sekali berita itu, bukan sahaja kesedaran untuk mendapatkan bantuan guaman, bahkan ramai sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila kita ditahan polis.
Sebenarnya bukan masyarakat tidak peka, tetapi maklumat-maklumat tersebut tidak sampai ke tangan mereka. Tiada kempen atau sumber dimana boleh mereka rujuk. Mungkin nanti, melalui NGO terbabit boleh mengadakan kempen besar-besaran untuk menyedarkan masyarakat kita tentang perkara tersebut.
Berikut disertakan keratan berita dari Bernama.
Kesedaran hak dapatkan bantuan guaman masih kurang
SUNGAI PETANI, 12 Okt — Kesedaran masyarakat terhadap hak mereka untuk mendapatkan bantuan guaman atau diwakili peguam sekiranya ditahan atau ditangkap pihak polis masih kurang.
Pengerusi Pusat Bantuan Guaman Kedah/Perlis (PBGKP), Victor Paul Dorairaj berkata orang ramai perlu tahu mengenai hak mereka kerana setiap individu yang ditangkap perlu diberi penerangan tentang alasan mengapa mereka ditahan.
“Orang yang ditahan hendaklah dimaklumkan segera mengapa dia ditangkap dan dibenarkan berbincang serta diwakili pengamal undang-undang pilihan mereka,” katanya pada majlis perasmian Minggu Kesedaran Undang-undang Peringkat Kebangsaan 2010 di sini semalam.
Beliau berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk badan kehakiman serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memaklumkan kepada orang awam berkenaan hak-hak mereka.
Katanya salah guna kuasa akan berkurangan sekiranya rakyat mengetahui hak-hak mereka dan akses untuk mendapatkan keadilan adalah tidak bermakna jika orang ramai tidak mengetahui hak mereka.
“Setiap orang mesti mengetahui hak-hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mereka untuk berbincang Perlembagaan Persekutuan secara terbuka tanpa prejudis atau dituduh berat sebelah.
“Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah perundangan dan peguam boleh membantu, golongan kurang berkemampuan boleh mendapat khidmat guaman di pusat-pusat bantuan guaman,” katanya.
Menurut Dorairaj PBGKP merupakan salah satu daripada 15 pusat bantuan guaman yang ditubuhkan di bawah Majlis Peguam Malaysia dan sehingga kini terdapat tiga cawangannya iaitu di Kangar, Alor Setar dan Sungai Petani.
Sementara itu menurut beliau, pada 2008 daripada 108,000 kes jenayah yang didengar di mahkamah Majistret di negara ini, lebih 84,000 individu tidak diwakili peguam.
Katanya sebanyak RM1.3 juta hasil sumbangan pengamal undang-undang MPM diperuntukkan untuk pusat-pusat bantuan guaman bagi 2010. — Bernama
Disini juga saya sertakan beberapa perkara yang mungkin boleh dirujuk sekiranya anda berada dalam situasi berkenaan.
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian seragam
Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau.
1.2 Kad Kuasa Polis
Warna Merah : Anggota polis tersebut telah digantung.
Beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk berbuat apa-apa. Anda
tidak perlu mengendahkan beliau.
Warna-warna lain:
Warna Biru : Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.
Warna Kuning : Polis yang berpangkat dibawah Inspektor.
Warna Putih : Polis Simpanan.
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis.
1.3 Di dalam Pakaian Seragam.
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Polis.
Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau
2 . APABILA DISOAL OLEH POLIS
2.1 PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”
2.3 Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis
• apabila anda digari
Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan.
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda
(Kenyataan saksi/112).
3. SOALJAWAP OLEH POLIS TANPA PENAHANAN
3.1 Kenyataan saksi/112
Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai sesuatu kes dan berpendapat bahawa anda tersebut, pihak Polis boleh menyoal anda dan menulis jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).
3.2 Permintaan rasmi /tidak rasmi
Selalunya, pihak polis membuat permintaan tidak rasmi untuk anda memberikan Kenyataan saksi/112. Sekiranya tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama. Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat demikian pada tempat dan waktu yang bersesuaian. Sekiranya anda enggan bekerjasama sama-sekali, Polis akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang ditandatangani oleh pegawai
penyiasat (Perintah Polis} untuk meminta anda bekerjasama.
3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112
Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam menemani anda. Ini adalah dinasihatkan. Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan anda kepada apa-apa kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan (nota peribadi).
• Tulis semua soalan yang ditanya di dalam nota peribadi.
• Pastikan anda memahami setiap soalan yang ditanya.
• Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum menulis jawapan di dalam nota peribadi.
• Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan nota peribadi untuk rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda
Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca solansoalan dan jawapan-jawapan yang ditulis oleh Pegawai Polis secara berhati-hati.
• Bandingkan kenyataan yang anda disuruh tandatangani dengan nota peibadi anda.
• Anda mempunyai hak untuk membuat pembetulan/perubahan kepada kenyatan anda sebelum menandatanganinya.
• Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat penghabisan kenyataan anda.
Sekiranya anda gagaI mematuhinya. anda tidak boleh ditangkap. Akan tetapi, itu adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh meminta Majistret untuk mengeluarkan suatu waran terhadap anda untuk memaksa anda bekerjasama.
4. PENAHANAN OLEH POLIS
4.1 Apabila ditahan tanya, “mangapa saya ditahan?”
Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya adalah satu tahanan yang salah.
4.2 Jangan melawan
Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya anda melawan.
4.3 Tanya – “Ke balai mana encik hendak membawa saya?”
Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan segera ke balai polis berdekatan dan tldak ke tempat lain.
4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan tentang tangkapan.
Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat panggilan kepada keluarga, peguam atau Pusat.
Bantuan Guaman. Maklumkan mereka:-
• Anda telah ditangkap.
• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
• Pengenalan anggota polis yang menangkap.
• Balai polis kepada mana anda dibawa.
4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di balai polis atau
• Di lokap balai polis
dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.
5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN
5 1 Hak untuk menghubungi Peguam
Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.
5.2 Pakaian
Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan Persendirian
Anggota polis hendaklah merekodkan segala barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan sebaik sahaja anda dilepaskan.
5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari. Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera. Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.
5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda
Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda secepat yang mungkin. Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24 jam.
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET
6.1 Siapakah Majistret
Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Reman
la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa kepada Polis untuk menyelesaikan siasatan mereka dan memutuskan samada terdapat keterangan untuk membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda.
Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan daripada anda.
6.3 Jangka hayat Perintah Reman
Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk Perintah Reman, Polis mestilah memberikan sebab-sebab mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis. Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan selama 14 hari atau kurang. Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebab-sebab yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau,
• untuk membuat Perintah reman untuk suatu jangkamasa yang lebih pendek dari
yang dipohon Polis.
Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan untuk Perintah Reman. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.
6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda dihadapkan ke Majistret
Maklumkan kepada Majisiret bahawa:
• anda ingin mendapatkan representasi peguam dan memaklumkan kepada LAC serta keluarga anda.
• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan kerana anda tidak sihat atau telah didera,
• anda telah diugut atau didera semasa di dalam tahanan (jika ada).
• anda telah dinafikan dengan makanan / air / pakaian yang sewajarnya, tandas atau perhatian perubatan yang sewajarnya semasa di dalam tahanan (jika ada).
• samada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda di dalam tahanan.
6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat
Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum Majistret memberi Perintah Reman. Beri alasan-alasan
(sebagai contoh: “saya akan bekerjasama dengan polis di dalam siasatan”,
“saya akan hadir setiap kali polis memerlukan saya” dan sebagainya).
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN
7. 1 Bilakah ia boleh dilakukan
Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh: karaoke / kelab) di mana polis sedang melakukan serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadah berbahaya}, polis berhak untuk melakukan pemeriksaan badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang
berpangkal tidak kurang daripada inspektor,
7.2 Apakah yang perlu anda lakukan
-Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan mereka ke dalam saku atau beg anda.
-Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara sukarela untuk memastikan anda dapat mengawasi barangan anda.
-Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali, sebut sebagai contoh “purse”, “kunci”, “kad pengenalan” dan sebagainya.
-Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku beg tersebut.
7.3 Hak-hak anda
• Wanita hanya boleh diperiksa badan mereka o!eh pegawai polis wanita sahaja.
• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan dengan penuh sopan (sebagai contoh: bahagian sulit tidak boleh disentuh).
• Tidak ada undang-undang membolehkan anda dibogelkan.
8 PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN
8.1 Bilakah polis boleh melakukannya
• Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan badan bagi objek yang berhubung dengan kesalahan yang disyaki.
• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan yang terlindung. Adalah menjadi hak anda untuk diperiksa di kawasan yang terlindung.
8.2 Pemeriksaan badan secara bogel
Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang membolehkan Polis memaksa anda dibogelkan. Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya anda enggan berbogel:
• Bantah.
• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.
• Buat laporan selepas kejadian tersebut.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN
9.1 Kenal pasti pegawai polls yang menyoal-siasat anda.
Pastikan nama I pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat anda.
9.2 Hak memilih untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra (sebagai contoh: soalan-soalan mengenai keluarga anda, kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan. Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.
9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113) daripada anda.
Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan anda. Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (Butir-butir peribadi). Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak untuk berdiam diri. Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: “Saya akan menjawab di Mahkamah”.
9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi Kenyataan 113
Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:
• bertenang dan berdiam diri;
• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau Sekiranya anda telah diugut, dipukul ataupun dipaksa, buat laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat mungkin. Ini adalah hak anda.
9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113
Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan 3.4 di atas. Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan, minta dari Pegawai Polis. Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan terhadap anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:
• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap kesalahan jenayah sebagaimana yang dituduh; atau,
• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai sebarang fakta yang boleh menunjukkan bahawa anda bersalah di dalam kesalahan yang dituduh.
sumber:
POLICE AND YOUR BASIC RIGHTS
http://www.malaysianbar.org.my
Comments :
0 comments to “Perkara Yang Perlu Anda Tahu Apabila Ditahan Polis”
Post a Comment
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam