Pelancaran Blog Kes Jenayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Pada tarikh dan saat ini, 12 Oktober 2010 saya membuat keputusan untuk membina dan menguruskan sebuah blog berunsurkan kes-kes jenayah di Malaysia.

Apakah rasionalnya penubuhan blog ini. Penubuhan blog ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi lebih kepada sumber ilmu dan pengetahuan. Kes-kes jenayah akan diletakkan di dalam kategori masing-masing. Bukan itu sahaja, tips-tips dan cara mengelakkan jenayah juga akan dilampirkan bersama.

Tujuannya hanya satu, iaitu memberi maklumat dan kesedaran betapa seriusnya jenayah di Malaysia. Berita dan maklumat akan diambil dan diolah dari sumber media samada media cetak mahupun elektronik disamping bahan berita sumbangan dari pengunjung sendiri.

Oleh itu, saya amat berbesar hati jika anda pembaca sekalian dapat bersama-sama berkongsi berita dan kes jenayah yang berlaku sekitar kawasan anda untuk perhatian semua. Segala bentuk berita atau artikel boleh disumbangkan melalui e-mail di  a2emay[at]yahoo[dot]com.

InsyaAllah, kami akan menyiarkan berita dan artikel anda..

Comments :

0 comments to “Pelancaran Blog Kes Jenayah”

Post a Comment

- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...