Seorang anggota polis patah bahu kiri selepas dirempuh sebuah kereta yang cuba melarikan diri ketika mangsa mahu membuat pemeriksaan di Jalan Talban, Bangsar, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Mohd Zaimi Fajree Zulkifli, 31, meronda di kawasan Bangsar sebelum dihubungi orang awam yang melaporkan ada sebuah kereta yang mencurigakan di kawasan berkenaan.
Anggota polis tersebut meminta bantuan tiga lagi rakannya sebelum ke tempat kejadian. Semasa melakukan pemeriksaan, secara tiba-tiba pemandu terbabit mengundurkan kenderaannya sebelum merempuh dan mengheret mangsa bersama motosikalnya sejauh hampir 10 meter.
Pemandu kereta terbabit kemudiannya melarikan diri dan mangsa di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Walaubagaimanapun, mangsa dilaporkan stabil dan mengalami patah bahu kiri.
Susulan itu, polis melancarkan gerakan mencari dan berjaya mengesan suspek.
Comments :
0 comments to “Polis Patah Bahu Dirempuh Kereta”
Post a Comment
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam