Muka Hancur Ditoreh, Tangan Kanan Turut Putus Akibat Dendam


Kejadian berlaku di Kajang, Selangor apabila muka seorang duda ditoreh sehingga sukar dikenali manakala tangan kanannya putus dipercayai ditetak sebelum mayatnya ditemui oleh orang ramai di satu kawasan lapang di Taman Kajang Utama.


Mayat ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh orang ramai yang melalui kawasan terbabit memandangkan kawasan tersebut adalah tempat orang ramai beriadah.

Berdasarkan keadaan mayat, motif pembunuhan dipercayai dendam dan polis menolak kemungkinan mangsa disamun berdasarkan dompet mangsa berserta wang RM 320 dalam keadaan baik malah tidak dikeluarkan dari poket mangsa.

Mangsa yang berasal dari Perak dikenali sebagai Rashid Abdullah, 31 tahun yang bekerja sebagai penyelia syarikat keselamatan dan dipercayai dibunuh sekitar jam 3 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Comments :

0 comments to “Muka Hancur Ditoreh, Tangan Kanan Turut Putus Akibat Dendam”

Post a Comment

- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...