(Berani) - Samseng Jalan Tumbuk Polis
May, 29 November 2010Seorang samseng jalan raya, bertindak ganas dan sanggup bergelut dan menumbuk beberapa anggota polis trafik sebelum ditewaskan dan digari sejurus didapati sengaja memandu melulu dan membuli seorang pemandu Perodua Kancil.
Suspek berusia 35 tahun dan bekerja sebagai jurujual terbabit terpaksa ditahan selepas sengaja mencemuh polis selain enggan disoal siasat selepas didapati melakukan kesalahan lalu lintas.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam apabila sepasukan anggota polis trafik Jalan bandar sedang melakukan operasi bagi membenteras kegiatan samseng jalanan didalangi kumpulan Mat Rempit di pusat ibu kota, di sini.
Menurutnya, anggota polis trafik yang sedang membuat rondaan di Jalan Sultan Hishammuddin, di sini, bagaimanapun terlihat sebuah kereta mewah model Audi berwarna kelabu dipandu laju seolah-olah sedang mengejar sebuah Perodua Perodua Kancil di hadapannya.
“Pemandu Audi terbabit didapati sengaja menghimpit berulang kali Perodua Kancil berkenaan menyebabkan pemandu kereta Kancil terbabas sebelum berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat.
“Pemilik kereta Audi terbabit yang mendapati kereta Kancil terbabit tersadai di bahu jalan kemudian segera membuka pintu dan berjalan ke arah kereta berkenaan.
“Suspek kemudian cuba membuka pintu kereta terbabit namun pemandu Perodua Kancil berkenaan didapati enggan membuka pintu,” katanya.
Namun, selepas diasak berulang kali, pemandu Perodua Kancil terbabit akhirnya membuka pintu sebelum melarikan diri dalam keadaan ketakutan kerana bimbang dipukul suspek dipercayai samseng jalan raya.
“Berikutan itu anggota polis segera menghampiri lokasi kejadian sebelum memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa. Pihak polis kemudian bertanya apa yang berlaku dan meminta penjelasan dari suspek berkenaan.
“Bagaimanapun lelaki terbabit enggan mengendahkan pertanyaan anggota polis sebaliknya menghamburkan pelbagai kata-kata kesat terhadap empat anggota polis yang berada di lokasi kejadian,” katanya.
Pada masa sama seorang anggota polis trafik terbabit segera masuk ke dalam kereta kancil yang ditinggalkan di tepi jalan itu dengan tujuan mahu mengalihkan kedudukannya yang didapati menghalang lalu lintas.
“Namun suspek yang seolah-olah tidak menghormati tugas polis bertindak membuka pintu kereta dan cuba menarik anggota polis berkenaan keluar dari kereta Kancil terbabit.
“Tindakan ganas suspek menyebabkan anggota polis berkenaan terpaksa menunjukkan kad kuasa polisnya sekali lagi. Namun suspek enggan mengendahkan tindakan polis terbabit sebalik menolak anggota polis itu hingga terjatuh,” katanya.
Menurutnya, tindakan kasar suspek menyebabkan anggota polis tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menahan suspek yang dianggap cuba mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.
“Bagaimanapun, suspek enggan menyerah diri sebaliknya menumbuk anggota polis menyebabkan pihak polis terpaksa bergelut untuk menahannya,” katanya.
Suspek yang meronta-ronta dan cuba untuk membebaskan diri bagaimanapun akhirnya ditundukkan sebelum tangannya digari. Susulan itu suspek dibawa ke balai polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 186 kanun keseksaan. - hmetro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments :
0 comments to “(Berani) - Samseng Jalan Tumbuk Polis”
Post a Comment
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam