Seorang peguam yang sering memberi khidmat percuma kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), maut ditikam oleh dua lelaki bertopeng dipercayai pembunuh upahan, dalam kejadian di hadapan rumahnya, di sini, pada jam 5 petang di Ipoh kelmarin.
G Balasumdram, 57, parah kerana mengalami pendarahan serius selepas ditikam 17 kali di perut dan leher oleh kedua-dua penjenayah itu menggunakan pisau Rambo.
Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pada jam 9.30 malam.
Adik ipar mangsa, G Rajan, 48, berkata saksi kejadian memberitahunya mangsa diserang dua lelaki bertopeng bersenjatakan pisau di hadapan rumah ketika mangsa baru pulang dari tempat kerja.
“Berdasarkan maklumat saksi, Balasumdram diserang dan ditikam bertubi-tubi oleh dua lelaki terbabit yang datang dengan dua motosikal. Penjenayah itu terus memecut laju sebaik saja menikam mangsa,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HRPB, di sini, semalam.
Beliau berkata, kejadian buruk itu amat mengejutkan mereka sekeluarga kerana abang iparnya seorang yang baik dan tiada musuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata polis masih menjalankan siasatan termasuk motif serangan dan sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dibuat.
Comments :
0 comments to “Peguam Maut Ditikam 2 Lelaki”
Post a Comment
- Anda bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen anda
- Pihak kami berhak mengedit atau padam komen-komen yang dianggap keterlaluan.
- Tolong jangan mainkan isu politik dan perkauman
- Komen mengandungi iklan juga akan dipadam