BENTONG: Seorang pemandu bas ekspres tidak menyangka malang yang menimpanya selepas bas dipenuhi penumpang itu rosak membawa kepada penemuan mayat lelaki yang sudah berulat dan busuk di Kilometer 46.8, Lebuhraya Karak, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pemandu bas berusia 40-an itu mendapatkan bantuan kecemasan sebelum ternampak mayat seorang lelaki terdampar dipenuhi lalat di tepi lebuh raya berkenaan. Pemandu berkenaan menghubungi polis mengenai penemuan mayat lelaki dipercayai warga tempatan itu.