(Berani) - Samseng Jalan Tumbuk Polis


Seorang samseng jalan raya, bertindak ganas dan sanggup bergelut dan menumbuk beberapa anggota polis trafik sebelum ditewaskan dan digari sejurus didapati sengaja memandu melulu dan membuli seorang pemandu Perodua Kancil.

Suspek berusia 35 tahun dan bekerja sebagai jurujual terbabit terpaksa ditahan selepas sengaja mencemuh polis selain enggan disoal siasat selepas didapati melakukan kesalahan lalu lintas.

Pensyarah Dicekup Bersama Bekalan Dadah

Cubaan seorang pensyarah wanita warga asing dipercayai membawa bekalan dadah dengan menaiki sebuah bas ekspres menuju selatan tanah air gagal apabila dicekup polis di tepi jalan berdekatan Plaza Tol Seremban, di sini, awal pagi kelmarin.

Perbuatan berkenaan terbongkar dalam serbuan khas dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, kira-kira jam 5.30 pagi.

Timbalan Ketua JSJN Negeri Sembilan, Deputi Superintendan Yahya Othman berkata, berdasarkan hasil maklumat awam, pihaknya segera bertindak menahan bas berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Sejurus bas itu berhenti di tepi jalan, kami berjaya mengesan wanita asing berusia 50-an yang mengaku bekerja sebagai tenaga pengajar teknik animasi di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

Dera Isteri, Cerai Ekoran Lapor Kecurangan Suami

Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.

Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.

Isteri berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali, malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung kejadian dera itu.

Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.


Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.

(Video) Mayat Seorang Buruh Ditemui Di Sungai



sumber : HarianMetro

Polis Tumpaskan Cubaan Samun Treler

JOHOR BAHRU: Polis berjaya mematahkan cubaan samun treler kontena berisi dakwat pencetak industri bernilai lebih RM200,000, kelmarin dan kini sedang memburu suspek kes terbabit.

Dalam kejadian 7 malam kelmarin, dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya yang menjalankan rondaan di Kawasan Perindustrian Taman Tan Sri Yaakob, di sini, mengesan sebuah kontena tanpa kepala treler yang dipercayai disamun beberapa jam sebelum itu. 

Peguam Maut Ditikam 2 Lelaki

Seorang peguam yang sering memberi khidmat percuma kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), maut ditikam oleh dua lelaki bertopeng dipercayai pembunuh upahan, dalam kejadian di hadapan rumahnya, di sini, pada jam 5 petang di Ipoh kelmarin.

G Balasumdram, 57, parah kerana mengalami pendarahan serius selepas ditikam 17 kali di perut dan leher oleh kedua-dua penjenayah itu menggunakan pisau Rambo.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pada jam 9.30 malam.

Panduan Pencegahan Jenayah


Kebelakangan ini, kes-kes jenayah dilihat semakin membimbangkan di negara kita. Walaupun pada dasarnya indeks jenayah negara telah menampakkan penurunan seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan, hakikatnya sekarang adalah kita dihantui oleh kes-kes jenayah kejam. Setuju atau tidak, jenayah yang berlaku kebanyakkan adalah berpunca dari diri kita sendiri. Maksudnya disini, jenayah berlaku kerana adanya peluang dari sikap tidak ambil peduli dalam diri kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...